Pakatan Harapan (PH) optimis usaha pembentukan kerajaan negeri Pahang bersama Barisan Nasional (BN) akan dapat direalisasikan tidak lama lagi.- Gambar hiasan.

KUANTAN – Pakatan Harapan (PH) optimis usaha pembentukan kerajaan negeri Pahang bersama Barisan Nasional (BN) akan dapat direalisasikan tidak lama lagi.

Setiausaha PH Pahang, Rizal Jamin dalam kenyataannya berkata, perkembangan itu selepas perbincangan diadakan antara Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dengan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semalam.

“Hasil perbincangan adalah positif ke arah membentuk kerajaan Pahang di antara BN dan PH yang stabil dan inklusif demi menjamin kemakmuran dan pembangunan mapan ekonomi negeri Pahang Darul Makmur,” katanya.

Bagaimanapun, kata Rizal, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili Perikatan Nasional (PN) turut berkongsi berkenaan rundingan dengan BN bagi pembentukan kerajaan negeri pagi ini.

Dalam hantaran di Facebook, beliau turut berkongsi gambar bersama Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut kelihatan dalam foto tersebut, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, keputusan pemilihan di Pahang menyaksikan PN memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan BN memperoleh 16 manakala PH pula mendapat lapan kerusi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tuan Ibrahim yakin kemelut kerjasama PN, BN di Pahang selesai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast