kluster gantung mohd puad zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa angkuh kerana menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi membidas tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang didakwa jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.

”Muhyiddin dakwa sudah hantar 115 SD (akuan berkanun) Ahli Parlimen yang sokong dia jadi PM.

“Dia (Muhyiddin) seperti menyalahkan Istana yang kata SD itu tidak lengkap,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Serentak itu, Puad mencabar Muhyiddin mendedahkan nama 115 ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

”Mana tahu ada nama MP (ahli Parlimen dari BN (Barisan Nasional),” kata Puad lagi sambil menyifatkan kenyataan semalam menyerlahkan perwatakan Muhyiddin yang angkuh dan pendendam.

”Layakkah dia jadi perdana menteri semula?” soal Puad.

Dalam kenyataan kepada media semalam, Muhyiddin berkata, Agong telah mencadangkan supaya penubuhan Kerajaan Perpaduan antata PH dan PN namun ditolak oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu.

Muhyiddin berkata, pendirian pihaknya yang tidak akan bekerjasama dengan PH untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. – MalaysiaGazette

Agong cadang tubuh Kerajaan Perpaduan dengan PH, PN tak setuju – Muhyiddin

1 Komen

  1. Jika YDPA mahu BN bergabung maka jwtn PERDANA MENTERI harus menjadi milik BN tanpa sebarang kompromi ini kerana BN telah berlapang dada menerima saranan YDPA tanpa sebarang mslh. Jika tidak tiada guna BN bergabung jika semata² untuk kesenangan pihak yg gila kuasa.

Comments are closed.