KUALA LUMPUR – Mesyuarat Peringkat Menteri Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN- Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-ENGA) ke-25 di Pontianak, Indonesia memfokuskan ekonomi serantau Asia Tenggara.
Delegasi Malaysia diketuai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nor Azmie Diron.
BIMP-ENGA merealisasikan pembangunan ekonomi yang diterima dengan penyertaan penuh sub serantau dalam proses pembangunan ASEAN.
Dalam satu kenyataan, EPU telah menggariskan beberapa inisiatif antaranya mengukuhkan kerjasama subrantau dalam masa mencabar ini dan mencatatkan kemajuan positif selepas wabak dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 2.4 peratus.
Untuk makluman, pada 2021 berbanding penguncupan 3.3 peratus pada 2020.
“Bagaimanapun industri pelancongan kekal terjejas paling teruk dengan pertumbuhan paling perlahan dalam ketibaan pelancong.
“Semua komited ke arah pelaksanaan penuh BIMP-ENGA Vision 2025 (BEV 2025). Malaysia telah mencadangkan beberapa penambahbaikan yang akan menjadikan inisiatif ini lebih dinamik dan disasarkan untuk panduan negara anggota untuk merancang projek program pembangunan ekonomi masa depan di kawasan BIMP-EAGA.
“Asas kerjasama ini dan penting untuk pertumbuhan inklusif dan pemulihan pandemik. Ini termasuk pelaksanaan projek infrasturktur merangkumi pembangunan jalan raya, kereta api; pengembangan pelabuhan laut dan lapangan terbang; penambahbaikan dalam kemudahan rentas sempadan dan perkhidmatan pengangkutan darat.
“Juga infrastruktur ICT; sambungan kuasa infrastruktur, perkhidmatan pembangunan bandar dan lain-lain,” kata kenyataan yang sama.
Dalam pada itu, kata kenyataan itu lagi, para menteri komited menetapkan semula pelancongan ke arah kemampanan, keterangkuman, daya tahan dan inovasi lebih besar yang akan memberi manfaat kepada masyarakat tempatan.
“Pelaksanaan pelan komunikasi pemulihan pelancongan BIMP-EAGA dan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) akan menarik pelancong memandangkan subrantau itu terbuka, selamat dan mudah dikunjungi.
“Menteri-menteri juga mengalu-alukan rumusan Inisiatif Kuarantin Satu Borneo dan menantikan pemeteraian Surat Niat pada 2023,” kata kenyataan yang sama.
Kajian berterusan terhadap kajian koridor ekonomi BIMP-EAGA adalah tepat pada masanya untuk menilai daya maju koridor sedia ada dan mempertimbangkan pengembangan berdasarkan perdagangan, pelancongan serta aliran pelaburan selain mengenal pasti pelaburan infrastruktur yang diperlukan. -MalaysiaGazette