Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bergambar dengan wakil-wakil Wanita UMNO yang menghadiri majlis taklimat.

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO Malaysia menyeru kepada seluruh ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama-sama memberi kepercayaan, keyakinan dan bersolidariti dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pucuk pimpinan parti untuk memulihkan keyakinan rakyat.

Ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, sekarang ini bukanlah masa yang sesuai untuk meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya, semua pihak harus mengambil ikhtibar dan pelajaran serta jadikan ianya sebagai titik permulaan untuk UMNO dan BN mengorak langkah bagi mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat.

”Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu merupakan suatu isyarat jelas daripada rakyat yang harus diinsafi dan dihormati oleh ahli-ahli UMNO dan BN.

”Kita perlu akur untuk menerima dan menghormati mandat yang telah diberikan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas satu majlis taklimat Wanita UMNO.

Menurut Noraini, keputusan PRU15 juga menyaksikan tiada mana-mana gabungan parti yang berjaya mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

”Alhamdulillah, kebuntuan yang berlaku dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong. BN menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan kerajaan perpaduan yang dibentuk ini stabil demi kemakmuran rakyat dan negara,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

 

 

1 Komen

  1. Wanita UMNO seru seluruh parti, BN beri kepercayaan kepada Zahid UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN DAN MENGGALAS KUDA TUNGGANGAN DAPIGS……TERBAIKKKK

    PARTI KERAMAT TELAH DILUMATKAN OLEH PEMIMPINAN MUNAFIK MEREKA SENDIRI DARI RASUAH GILA KUASA KHIANAT MANDAT RAKYAT MENIPU AHLI2 DAN PENGUNDI

    SUMPAH ZAHID DENGAN KALIMAH ALLAH AKAN DIMAKAN SUMPAH NO ANWAR NO DAPIGS

Comments are closed.