Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin kelihatan seperti meroyan selepas gagal untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tidak sampai 24 jam jemaah menteri diumumkan, Presiden Bersatu itu menuduh kerajaan dan Kabinet dibentuk atas penipuan terhadap mandat rakyat.

Ahmad Zahid berkata, Muhyiddin seolah-olah lupa bahawa perlantikan Perdana Menteri adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Muhyiddin perlu akur terhadap pembentukan Kabinet Perpaduan.

“Dengan kata lain, pelantikan Perdana Menteri kemudian disusuli oleh pelantikan ahli jemaah Menteri ialah perlu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Muhyiddin perlu menghormati segala pelantikan ini dan tindakan Mahiaddin dan sekutunya yang cuba mempertikaikan segala pelantikan ini adalah gambaran wajah sebenar Mahiaddin dan sekutunya yang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu,” tegas Ahmad Zahid.

Tambah beliau, bekas Perdana Menteri itu perlu berasa malu kerana dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu.

Muhyiddin katanya, perlu mencontohi DAP yang lebih mementingkan negara berbanding parti dan individu selain bergerak ke hadapan demi menjayakan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Muhyiddin dan sekutu perlu belajar menjadi pembangkang yang berwibawa dan bukannya merengek serta meroyan tidak dapat menerima hakikat beliau gagal menjadi Perdana Menteri dan gagal membentuk kerajaan.

“Belajarlah juga menghormati proses dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Kerajaan ini bukan kerajaan Pakatan Harapan. Akan tetapi ialah Kerajaan Perpaduan hasil daripada gabungan parti terbesar dan parti-parti kecil lain yang memenangi pilihan raya bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina negara dan mentadbir lebih baik daripada kerajaan-kerajaan terdahulu,” katanya.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan berkata, Jemaah Menteri yang dibentangkan Anwar merupakan Kabinet ‘keptokrat’ yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat.

Beliau juga berkata, barisan Kabinet tersebut adalah yang paling mengecewakan dalam sejarah apabila melantik seorang yang dihadapkan ke mahkamah terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram sebagai Timbalan Perdana Menteri.-MalaysiaGazette

5 Komen

  1. mahiadin kata menipu mandat rakyat??? . dia keluar ph dulu menipu siapa? dah siap rakyat beri mandat bersama ph untok memerintah negara pandai pula dia berselingkuh denga parti islam pas untok rampas kuasa . ini kah islam yang dibawa pas? boleh rampas kuasa rakyat buat kuasa islam pas . hingga negara huruhara . istihar darurat takut kuasa hilang . tak maluke islam apa ini . islam muawiyah yang rampas kuasa dari ali kot .

  2. ANWARKAN KAKI MUNAFIK DARI DULU….SAYA ULANG2 MINYAK TURUN/TOLHAPUS/PTPTPN HAPUS AKHIRNYA SEMUA MAMPUS KENA KLENTONG

    BILA PULA SAYA NAK BERGABUNG DENGAN ZAHID DAN UMNO????bla bla bla

    SAYA TIDAK BOLEH KERJASAMA DENGAN PENYAMUN RASUAH DAN KLUSTER MAHKAMAH

    • DAP sebelumnya okay jer tanpa meroyan semasa LGE ada kes rasuah di mahkamah dilantik jadi menteri wang, kan?

  3. Wanita UMNO seru seluruh parti, BN beri kepercayaan kepada Zahid UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN DAN MENGGALAS KUDA TUNGGANGAN DAPIGS……TERBAIKKKK

    PARTI KERAMAT TELAH DILUMATKAN OLEH PEMIMPINAN MUNAFIK MEREKA SENDIRI DARI RASUAH GILA KUASA KHIANAT MANDAT RAKYAT MENIPU AHLI2 DAN PENGUNDI

    SUMPAH ZAHID DENGAN KALIMAH ALLAH AKAN DIMAKAN SUMPAH NO ANWAR NO DAPIGS

    contohi DAP – Zahid…..PENJILAT KELAZATAN MUNTAH KENCING DAPIGS

Comments are closed.