Wan Rosdy merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Infrastruktur Agrotourism Paya di Rompin, Pahang.- Foto: Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang.

ROMPIN –  Kerajaan Pahang akan membangunkan projek agrotourism dengan membina resort di tengah-tengah bendang sawah padi bagi mewarnai lagi sektor pelancongan di daerah ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek yang bernilai RM5 juta itu dibina di di Tapak Projek Pembangunan Infrastruktur Agrotourism Paya Laka, Kampung Sepayang, Rompin.

Menurutnya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) juga telah meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta ringgit menerusi RMK-12 dan projek ini akan siap dalam tempoh dua tahun.

“Projek akan menarik pengunjung dan pelancong untuk berkunjung ke sini, projek Pembangunan Infrastruktur Agrotourism Paya

“Mereka di resort di tengah bendang dan dapat menikmati kehijauan sawah padi dan ketika padi masak kekuningan,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Infrastruktur Agrotourism Paya dan penyampaikan dividen bernilai RM 131,000 kepada peserta RTK.

Tambah Wan Rosdy, pelbagai manfaat yang akan dapat diperoleh daripada projek itu dan antaranya ialah membantu peserta-peserta RTK Paya Laka dan penduduk tempatan sekitar Rompin menambah pendapatan melalui pembangunan sawah padi serta pembangunan pusat pelancongan berkonsepkan Agro

“Lokasi projek yang strategik iaitu berhampiran dengan kawasan pinggir pantai dan Taman Negeri Rompin mampu menjadikan daerah Rompin sebagai tumpuan pelancong yang akan memberi manfaat.

“Ia sekali gus dapat membantu pertumbuhan ekonomi penduduk di daerah ini dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya.

Paya Laka merupakan kawasan sawah padi seluas 324 hektar yang diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian  Pahang (PKPP) melalui anak syarikatnya PKPP Agro Sdn Bhd sejak dari tahun 1995 lagi yang melibatkan 262 orang peserta. – MalaysiaGazette