KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang hari ini telah  mengumumkan senarai 10 portfolio Exco yang yang akan menerajui kepimpinan mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing kini bersedia memikul tanggungjawab.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata beliau sendiri yang menggalas tanggungjawab memegang portfolio Perancangan, Kewangan, Tanah, Sumber Asli, Tenaga dan Air. selain Pembangunan Ekonomi, Perladangan dan Komoditi.

Datuk Seri Ir Mohd Soffi  Tan Sri Abd Razak dilantik sebagai Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan, manakala Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad memegang portfolio Exco Hal Ehwal Agama Islam serta Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli.

“Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan pula disandang oleh Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, IR Razali Kassim menyandang Exco Felda, Koperasi dan Usahawan, manakala Datuk Seri Johari Harun dilantik sebagai Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

“Portfolio Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Inovasi disandang oleh Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib, Exco Kebajikan Masyarakat. Pembangunan Wanita dan Keluarga disandang oleh Datuk Sabariah Saidan dan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan disandang oleh Fadzli Mohd Kamal.

“Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia disandang oleh Sim Chon Siang Leong Yu Man memegang jawatan Exco Perpaduan, Pelancongan & Kebudayaan,” katanya kepada media di Wisma Sri Pahang pada Rabu.

Pada 2 Disember lalu, 10 Ahli Dewan Negeri Pahang telah mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang (EXCO) di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah di Istana Abu Bakar, Pekan. – MalaysiaGazette