Karim Benzema.

PARIS – Pemenang Ballon D’Or, Karim Benzema mengucap selama tinggal kepada Perancis apabila mengumumkan dia menamatkan karier antarabangsanya semalam.

Keputusan itu dibuat sehari selepas Perancis tewas pada final Piala Dunia kepada Argentina.

Benzema menarik diri daripada skuad Piala Dunia sebelum perlawanan pertama di Qatar kerana kecederaan paha kiri yang dialami dalam latihan.

Dia yang berketurunan Algeria meledak 37 gol dalam 97 penampilan buat Perancis,

“Saya bangga dengannya! Saya sudah menulis cerita saya dan hubungan kita berakhir.” tulis di Twitter miliknya.

Benzema, yang menang anugerah Ballon d’Or sebagai pemain terbaik dunia pada Oktober, terdesak untuk tampil pada Piala Dunia kali ini selepas gagal terpilih ketika Perancis menjadi juara dunia di Russia empat tahun lalu.

Dia diketepikan daripada skuad Perancis selama lima tahun setengah kerana terbabit dalam skandal ugutan membabitkan rakan sepasukan, Mathieu Valbuena.

Sementara itu, Benzema yang meledak ketika penampilan pertamanya pada Mac 2007 berdepan Austria tidak pernah mengecapi kegemilangan bersama Perancis kecuali Liga Negara-Negara 2021. – MalaysiaGazette