CPTPP Anwar
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta bersikap tegas dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang didakwa memfitnahnya.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan memberi dua contoh iaitu bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan portal berita Itali, Agenzia Novia.

“Dengan berbuat demikian barulah Anwar boleh dilihat serius mempertahankan nama baiknya dan institusi Perdana Menteri dan bukan berterusan mempergunakan sistem perundangan secara selektif untuk bermain politik atau mengugut pengkritik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Anwar memfailkan saman terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapan berbaur fitnah mengenai dakwaan beliau menerima gaji sebanyak RM15 juta semasa berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Anwar, 75, memfailkan saman itu menerusi Tetuan S.N. Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan menamakan Muhyiddin, 75, sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa pada 5 Disember lepas, Muhyiddin telah membuat kenyataan itu dalam satu ucapan semasa ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai’ di Taman Selasih, Kulim sebagai menyokong calon PN, Datuk Azman Nasrudin bagi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan ratusan pengunjung telah menghadiri ceramah tersebut.

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berpandangan, dalam kapasiti sebagai Perdana Menteri, Anwar seharusnya berani serta bersedia menjelaskan persoalan-persoalan yang ditimbulkan dan bukannya mengugut akan mengambil tindakan undang-undang bagi melenyapkan semua kritikan.

“Kenapa sejak menjadi Perdana Menteri, Anwar sangat nipis telinga dan tak boleh terima kritikan?

“Adakah Anwar mahu menjadi diktator yang tidak boleh dipersoal?” soalnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Pembangang yg bangang akan membangang membuta tuli..knp begitu?..sbb dia bangang..huahuahua..x nak kena saman,jgn fitnah..kena tau beza fitnah dgn kritik wahai pembangang

  2. ANWAR wajib saman mereka yang FITNAHNYA MELIWAT 1 DAN 2 termasuk HAKIM2 yang jatuhkan hukuman penjara bertahun

    ANWAR BUAT KENYATAAN hari ini bahawa YDPA Sultan Muhammad beri pengampunan kerana percaya beliau diANIAYA

    ANWAR WAJIB saman HJ HADI yang berserban berjubah FITNAHNYA akan BERSEKONGKOL dan kerjasama dengan ZAHID perasuah/ dan parti kleoprat RUJIUKVIDEO PRU15

    ANWAR WAJIB SAMAN FITNAHNya menjadikan DAPIGS sebagai tunggangan PKR serta PENASIHAT dari DAPIGS…..

    wajib SAMAN yang ANWAR DIFITNAH JANJI minyak akan turun/ptptn dan TOL HAPUS JIKA pegang PUTRAJAYA….jangan bagi alasan MANIFESTO tidak masuk akal atau Bukan kitab suci nanti

    cadangan SAMAN RM600-900BILION

Comments are closed.