logo polis
Gambar hiasan

KUANTAN – Kerisauan seorang lelaki terhadap kehilangan adik iparnya yang tidak menjawab panggilan yang dilakukan selkama tiga berakhir apabila mayat mangsa ditemui polis dalam keadaan tertiarap di dalam bilik air kediaman beliau di Taman Rimba, Temerloh hari ini

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Kommisioner Mohd. Azhar Mohd Yusoff berkata, abang ipar mangsa yang pergi ke rumah mangsa sebelum ini tidak menyahut panggilannya.

“Abang ipar mangsa menghubungi pihak polis pada 7.35 petang semalam memaklumkan abang iparnya memaklumkan gagal menghubungi mangsa dalam tempoh tiga hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd. Azhar, berikutan itu anggota Balai Polis Mentakab ke lokasi kejadian yang mendapati pintu rumah berkunci menghubungi bomba untuk membantu memotong grill rumah tersebut dan menjumpai mangsa, 61, telah meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di bilik air.

Katanya, pemeriksaan di dalam rumah mendapati tiada kesan pecah masuk serta tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.

“Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat,” ujarnya.

Mayat warga emas itu dihantar ke unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi polis di talian 09-271 6222 atau emel: kpdtemerloh @rmp.gov.my atau mengunjungi balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette