Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor disambung hari ini.yang masih h

BATANG KALI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki mangsa yang hilang di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Goh Tong Genting, di sini, memasuki hari ketujuh.

Pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang terdiri daripada pelbagai agensi memulakan pencarian baki tujuh mangsa yang masih hilang pada jam 8 pagi.

Antaranya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Pemerhatian MalaysiaGazette pagi ini mendapati lima ekor anjing Unit Pengesan (K9) digunakan dalam keadaan mendung pada misi pencarian itu selain jengkaut dan dron turut berada di lokasi.

Semalam, mayat lelaki dewasa yang merupakan mangsa ke-26 memeluk dua ekor anjing peliharaannya ditemui di sektor B (farmview).

Dalam kejadian pada jam 2.24 Jumaat lalu membabitkan 94 mangsa dan daripada jumlah itu 61 orang dilaporkan selamat. – MalaysiaGazette