Gambar hiasan

BERLIN – Mayat seorang lelaki Islam telah tersilap dibakar di Jerman selepas sebuah hospital di Hannover mencampurkan dua mayat.

Mayat warga Turki itu, Abdulkadir Sargin, meninggal dunia di Hospital Sekolah Perubatan Hannover minggu lalu.

Semasa persiapan pengebumian pada Selasa, ahli keluarga Sargin terkejut dan keliru apabila melihat orang di dalam keranda itu adalah orang yang tidak mereka dikenali.

Selepas membuat panggilan ke hospital, keluarga Sargin dimaklumkan bahawa kakitangan telah tersilap menyerahkan mayatnya kepada keluarga lain dan mayat berkenaan telah dibakar.

Pembakaran mayat tidak dibenarkan dalam Islam.

Konsulat Turki di Hannover sedang berhubung rapat dengan ahli keluarga dan akan memberikan semua bantuan yang diperlukan kepada mereka, kata pegawai. – Agensi