Na'im Brundage

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk tidak menjawab surat tunjuk sebab Lembaga Disiplin Parti Bangsa Malaysia (PBM) dibuat selepas membuat pertimbangan yang menyeluruh.

Bekas Ketua Pemuda PBM, Na’im Brundage berbuat demikian kerana hilang kepercayaan kepada presiden sementara parti itu, Larry Sng menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, ia jelas telah membelakangkan pandangan keseluruhan besar ahli-ahli PBM seluruh negara.

Mengambil kira rekod politik dan tindak-tanduk Larry, kepimpinan kerajaan persekutuan telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak melantik beliau sebagai anggota Kabinet kerajaan.

:Kini segenap rakyat Malaysia harus terus memantau kepimpinan kerajaan persekutuan untuk melihat sama ada mereka akan tunduk kepada sebarang desakan untuk melantik Larry ke dalam mana-mana syarikat milik kerajaan atau mereka akan mempertahankan prinsip urus tadbir negara yang baik.

“Saya tamatkan khidmat saya sebagai Ketua Pemuda PBM dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pimpinan dan akar umbi PBM yang telah meletakkan kepercayaan mereka kepada saya selama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Nai’m dan 10 lagi pemimpin PBM termasuk bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin telah dipecat oleh PBM kerana gagal membalas surat tunjuk sebab daripada parti.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

PBM pecat 11 pemimpinnya termasuk Zuraida