Dana Covid-19: Lapan agensi kerajaan, 9 syarikat diserbu SPRM
Di peringkat ini kita tidak dapat mendedahkan hasil siasatan atau penemuan apa-apa bukti penyelewengan kerana ianya masih awal.
Dua lelaki kena cekup buat laporan palsu disamun
Dalam kes pertama pihaknya telah menerima laporan polis daripada suspek seorang pemandu lori pada 8 Disember lalu dengan mendakwa bahawa disamun oleh dua dua lelaki yang menaiki motosikal di hadapan sebuah kedai makan yang terletak di Jalan Bunga Pekan 2, Banting di sini.
Lelaki campak basikal dari tingkat 14 dipenjara sebulan
Selepas bergaduh, Noor Iszuan meluru keluar dari flatnya dan melihat basikalnya diletakkan di luar.
Bukan khianati Muhyiddin, tapi demi rakyat Sabah – Armizan
Perlembagaan Persekutuan menerusi Akta Pertubuhan 1966 juga tidak menghalang mana-mana individu untuk menjadi ahli kepada beberapa parti politik. - Armizan
Iktiraf UEC Bukan Keutamaan Fadhlina
Iktiraf UEC Bukan Keutamaan Fadhlina
Zaman Gobind menteri komunikasi lebih terbuka – Pendakwah
Ridhuan melahirkan rasa kesal apabila beliau disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam.
MyIPO, PPZ-MAIWP bina surau KVERTS
Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman memuji keprihatian MyIPO menyalurkan sumbangan yang amat besar sekali untuk menyediakan rumah ibadat yang selesa buat warga KVERTS.
bzBee raih 6 anugerah MPRA
KUALA LUMPUR - bzBee Consult Sdn. Bhd., sebuah syarikat komunikasi pemasaran bersepadu Bumiputera terkemuka, merangkul enam anugerah semasa majlis tahunan Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2022 yang diadakan baru-baru ini.
Kejayaan bzBee Consult ini membuktikan keupayaan syarikat Bumiputera menandingi syarikat multinasional dalam industri Perhubungan Awam.
Edisi ke-14 anugerah industri tersebut dianjurkan oleh Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi Malaysia (PRCA Malaysia).
Acara ini bertujuan untuk meraikan kempen yang luar biasa dan inovatif oleh organisasi dan perunding Perhubungan Awam, serta individu yang
mentakrifkan kecanggihan kerja dalam arena perhubungan awam.
bzBee Consult, yang berusia dua belas tahun, memperoleh anugerah terbanyak pada malam itu, iaitu enam anugerah, dua daripadanya adalah
Anugerah Emas untuk “Employee Communications Award” melalui Kempen ‘Humanising Communication: Giving Employees a Voice’ dan “Crisis and Issues Management Award” melalui Kempen ‘Averting a Fiasco’.
Mohd Said Bani CM Din, pengasas dan Pengarah Urusan BzBee Consult berkata, syarikat itu menghargai kepercayaan para juri, pihak media dan pelanggan terhadap kerja yang dilakukan.
''Saya juga berbangga dengan setiap warga bzBee Consult yang bekerja dengan gigih selama berbulan-bulan. Kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa dedikasi dan komitmen semangat kakitangan bzBee Consult yang yang tidak ternilai untuk mencipta karya yang memenangi anugerah,'' katanya.
bzBee Consult turut meraih pengiktirafan Perak dalam tiga kategori: Anugerah Pelancaran Pengguna – Kempen Keselamatan Jalan Raya “Us”: Keselamatan Jalanraya adalah Tanggung Jawab Kita Bersama, Anugerah Hal Ehwal Awam – Industri Kreatif Maju Ke Hadapan dengan Kempen Seluruh Negara RIUH , Anugerah Penjagaan Kesihatan – The Royal College of Surgeons of Edinburgh Menaikkan Penjagaan Kesihatan Malaysia di Persada Dunia; dan Anugerah Gangsa dalam Anugerah Kelestarian dengan kerja pelancongan arkeologi mereka di Malaysia Utara—Memacu Pembangunan Mampan melalui Pendekatan Budaya Didorong Komuniti.
Sejak 2015, bzBee Consult telah menerima 10 anugerah daripada MPRA. - MalaysiaGazette
Kerajaan bersedia mendepani cabaran ekonomi – PM
Menurut beliau, reformasi yang bakal dilakukan termasuklah menarik pelaburan yang berkualiti, peralihan kepada ekonomi rendah karbon, mempertingkat perlindungan sosial, memantapkan daya tahan fiskal menjadi antara pendekatan dan langkah yang diambil.
WHO harap Covid-19 bukan lagi kecemasan global tahun depan
salah satu pengajaran paling penting daripada wabak itu ialah semua negara perlu memperkukuh sistem kesihatan awam masing-masing untuk bersiap sedia, mencegah, mengesan dan bertindak balas dengan pantas terhadap wabak.

















