Sim Chon Siang

KUANTAN – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) DIMINTA menyiasat dakwaan kegiatan pembalakan haram di Bukit Galing, di sini, berikutan penemuan balak reput di kawasan tersebut.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata, balak yang ditemui itu kelihatan seperti ditebang.

“Saya nampak balak-balak ini seperti dicuri tetapi tidak tahu siapa yang terlibat,” katanya, di sini, hari ini

Sementara itu, Chon Siang mencadangkan JNPN membina jalan ke Bukit Galing memandangkan trek di kawasan tersebut tidak selamat untuk digunakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast