Bersatu Sabah tutup kedai
Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan adakah tindakan mendesak Hakim Mohd Nazlan Ghazali menarik diri daripada menghakimi kes SRC membabitkan Datuk Seri Najib Razak dianggap menakut-nakutkan hakim.

Sedangkan, Mohd Nazlan yang dituduh itu ada konflik kepentingan dalam kes berkenaan.

Justeru soal Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bertanya, maka siapa yang terlajak takut.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mendakwa ada pihak mahu menakutkan badan kehakiman, Mohd Puad berkata, sebenarnya rakyat lagi takut.

”Rakyat takut tidak dapat perbicaraan adil seperti kes Datuk Najib,” ujarnya.

Hakim tiada agenda, laksana undang-undang ikut peruntukan sedia ada – Tengku Maimun

Tambah Mohd Puad, Tengku Maimun sepatutnya tidak lupa apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan kepada badan kehakiman seperti memecat Tun Salleh Abas.

Itu memang menakutkan.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor berkata, Tengku Maimun dipilih oleh Mahathir sebagai Ketua Hakim juga pada masa sama banyak menimbulkan persoalan apabila cara perlantikan itu didedah oleh bekas Tan Sri Tommy Thomas dalam memoirnya.

”Itu menakutkan juga,” bidas Mohd Puad. – MalaysiaGazette

Petisyen Najib kepada PBB tidak beri kesan atas badan kehakiman – Tengku Maimun

 

 

1 Komen

  1. Melihat gelagat suami sipolan tu didalam mahkamah juga amat menakutkan? Nak menulis bergini pun sekarang rakyat sudah sangat takut! Anak2 muda yang kreatif, inovatif juga kini dikatakan juga sudah sangat takut untuk menulis, mengkritik, berkarya dalam tik tok? hu..hu..

Comments are closed.