Kedudukan sebutir bom di dalam badan seorang askar Ukraine yang berjaya dikeluarkan melalui pembedahan.

KYIV – Seorang askar bernasib baik kerana masih hidup selepas bom tangan hidup tersangkut pada dadanya semasa pertempuran berdarah di Bakhmut, Ukraine dan dia terpaksa menjalani pembedahan.

Pakar bedah Ukraine, Mejar Jeneral Andrii Verba terpaksa melakukan pembedahan kerana bom tangan itu boleh meletup pada bila-bila masa.

“Doktor tentera kami melakukan operasi untuk mengeluarkan bom tangan VOG yang tidak meletup dari badan seorang anggota tentera,” kata gabenor wilayah Serhii Borzov dalam hantaran di Facebook pada malam Isnin.

Gambar sebelum dan selepas pembedahan yang dikongsi di laman Facebook perkhidmatan perubatan angkatan tentera Ukraine menunjukkan bahan letupan itu berada dekat dengan jantung dan seorang lagi pakar bedah yang memegang peranti berdarah.

Peranti itu ialah bom tangan VOG – sebutir peluru sepanjang 4 sentimeter yang dilepaskan daripada pelancar bom tangan dan boleh bergerak sekitar 400 meter dan direka untuk meletup tepat di atas tanah.

Bom tangan VOG dilepaskan daripada pelancar bom tangan yang dipasang pada senapang.

Pembedahan ini dilakukan bersama dua askar lain kerana ancaman letupan.

Elektrokoagulasi — pembedahan yang menggunakan haba untuk mengawal pendarahan dan memusnahkan tisu abnormal tidak dapat dijalankan kerana ia mungkin mencetuskan letupan.

Bagaimanapun, Dr Verba berjaya melakukan pembedahan dan mengeluarkan bom tangan itu, kata Borzov. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast