Pembahas, Zaidi Aziz berucap pada Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MALAYSIA GAZETTE, 14 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Media UMNO masih gagal menguasai sepenuhnya media sosial kerana terlalu selesa dengan platform lidah rasmi parti itu termasuk BNCOMMS dan UMNO Online.

Perwakilan UMNO Perak, Zaidi Aziz berkata, sebaliknya tiga portal berita yang tidak dibayangi mana-mana parti politik pula yang berupaya berbuat demikian tanpa sebrang penjenamaan parti.

“Kita gagal mengoptimumkan media sosial kita, masih ditakuk lama, kita selesa dengan jenama kita, BNCOMMS dan UMNO Online yang tak dapat pun mendekati rakyat secara total.

“Sebaliknya cuba kita lihat Malaysia Kini, Malaysia Insight dan Malaysia Gazette, betapa media ini mudah mendoktrin rakyat tanpa penjenamaan parti,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, sudah sampai masanya UMNO memperkukuhkan parti itu dengan sentiasa bersikap terbuka dalam meraikan pandangan pimpinan semua peringkat dan akar umbinya.

“Kita perlu membuktikan bahawa kita mampu bertindak di atas bijaksana Melayu dan meletakkan prinsip adil dan ihsan sebagai asas dalam setiap tindakan.

“Kita juga perlu ekstrem dalam memperjuangkan identiti Melayu dan Islam kerana kesedaran tentang Islam Melayu semakin terpahat dalam sanubari masyarakat kita.

“Yang penting kita terapkan dalam jiwa anak-anak muda kita. Kelompongan inilah yang diambil oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN) hingga akhirnya anak-anak muda menolak kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast