KUALA LUMPUR – Kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyindir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi.
Dengan nada sinis, Puad menempelak Shahidan dengan berkata, bekas menteri itu mungkin lupa akan status beliau yang ingin kekal sebagai Menteri Besar (MB) Perlis suatu ketika dahulu.
“Hebat Shahidan. Dia lupa, dia nak jadi MB Perlis seumur hidup. Kedua-dua Mat Isa Sabu dan Azlan Man kena kacau. Siap lawan raja kerana dia dan adiknya gagal jadi MB.
“Tahniahlah kerana kes gangguan seksualnya digugurkan. Bolehlah jadi menteri sepanjang Muhyiddin dan Ismail Sabri jadi PM. Cuma tidak boleh selamanya. Jangan bangkitkan kes ini di Parlimen ye,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Puad merujuk kenyataan Shahidan semalam yang dengan sinis menyindir Ahmad Zahid supaya menjadi presiden parti itu untuk ‘seumur hidup’.
Shahidan menzahirkan ucapan tahniah kerana jawatan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.
Beliau juga mengucapkan takziah kepada perwakilan yang telah kalah dalam usul tambahan.
“Sekalung tahniah kerana berjaya membawa ‘perwakilan import’ yang dibawa masuk untuk kali ketiga. Jangan bimbang! Jumpa saya di Parlimen tanpa tolak ansur. Bye-Bye,” katanya.
Shahidan bertindak bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional dan mempertahankan kerusi Parlimen Arau apabila digugurkan sebagai calon UMNO. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Aduss Puad ni dah melalut dan tiada idea bernas, lupa diri atau tiada ingatan ke bagaimana anda Silang dan Hina boss anda untuk menjadi calon PRU Kali pertama?
Puad ni adalah jiwa yang perlukan rawatan pemulihan akal waras