Hassan Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diingatkan supaya mengunci mulut daripada membuat kenyataan mengenai hubungan Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN).

Ingatan itu disampaikan Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim yang menyifatkan jika tersalah cakap, boleh mengeruhkan kestabilan kerjasama antara PH dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, jambatan penghubung UMNO dengan Kerajaan Perpaduan begitu rapuh sekali berdasarkan rekod pemimpinnya yang terpalit kes rasuah dan perbicaraan di mahkamah.

“Membisulah kamu sebaiknya saudara. Jangan bising-bising lagi. Nanti karam perahu ini. Nanti tercabut skrew-skrew. Jambatan bailey ini,” kata Hassan.

Baru-baru ini Ahmad Shabery dalam kenyataannya mendakwa, virus yang menyerang dan menjatuhkan kerajaan PH ketika memerintah selama 22 bulan pada 2018 ialah kerana suka mengata sesama sendiri secara terbuka.

Malah, katanya, bagi memdapatkan kembali kestabilan ekonomi seperti tahun 2018, PH perlu bekerjasama dengan gabungan parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebagai maklum balas kepada Hassan yang sebelum ini menyifatkan BN dan UMNO terdiri daripada kelompok kes jenayah rasuah serta pecah amanah sebagai virus.

Hassan berkata, virus berkenaan sedang menjangkiti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR dan PH.

Beliau juga bersimpati dengan Anwar kerana berada dalam dilema berikutan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ia kerana Ahmad Zahid sedang dibicarakan di mahkamah atas berpuluh tuduhan jenayah rasuah dan pecah Amanah, sekali gus mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Hassan Karim..apa kata kamu buat kerajaan sendiri? tak pun buat kerajaan perpaduan dgn PAS atau Bersatu kaa…tak payah ajak UMNO BN…kamu tak menang PRU..jd jgn tak sedar diri laa..

  2. Ahsan, kau pun sama kene kunci mulut jugak. Jgn jd talam bermuka2. Kau menang pun bukan org undi kau tp org undi parti kau. Tengok la nanti kalu2 pru16 kau dicalon semula atau tak. Dh jd mp tu buat la keje kat kawasan kau jgn sebuk nk berpolitik 24jam.

Comments are closed.