Lily Abdul Wahab (kiri) pada majlis pelancaran produk MMG eksktrak lavender baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Mirath SW Sdn. Bhd. menyasarkan jualan produk minyak urut moden pertama di Malaysia jenama Marvelous Massage Gel (MMG) keluarannya sebanyak RM7  tahun ini.

Pengasas produk itu, Lily Abdul Wahab berkata, sasaran itu berdasarkan pengenalan ekstrak baharu iaitu lavender selepas hanya ekstrak epal hijau dan timun bidara yang berada di pasaran sejak tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, jualan syarikat sebelum ini berjaya mencatat jualan RM5 juta setahun termasuk menerusi rangkaian produk lain seperti mandian herba.

“Kelebihan produk MMG kerana ia merupakan minyak urut yang telah dimodenkan kerana teksturnya seperti losyen, tidak berminyak, mudah meresap sepantas 20 saat dan berbau wangi.

“Ia sesuai untuk semua peringkat umur sama ada lelaki atau wanita di mana bahan utamanya berasaskan herba seperti minyak kayu putih, menthol crystal dan aloe vera.

“Sementara itu, mandi herba pula adalah ektsrak bidara lemon yang sesuai untuk semua jenis kulit sebagai mandian pembasmi kuman yang memberi kesegaran dan kulit yang sihat kepada pemakainya yang menjadi MMG kekal sebagai peneraju di pasaran sejak tujuh tahun lalu,” katanya pada majlis pelancaran MMG ekstrak lavender baru-baru ini.

Lily menambah, ketika ini, lebih 2,000 orang suri rumah berjaya menambah pendapatan mereka dengan menjual MMG di mana terdapat di kalangan mereka yang membuat jualan sehingga RM50,000 sebulan.

“Banyak cabaran perlu ditempuh syarikat kerana bukan mudah untuk produk berasaskan herba dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara namun MMG berjaya dapat kelulusan berkenaan kerana ramuan asli dan selamat.

“Justeru, saya mahu membawa anjakan baharu melalui pengeluaran minyak urut moden, selain membantu golongan suri rumah menambah pendapatan sambilan menerusi produk yang berkualiti tinggi ini,” katanya yang turut mempunyai kilang sendiri di Jitra, Kedah.

Lily juga berkongsi kehebatan MMG yang telah berjaya menembusi negara Asia Tenggara seperti Brunei, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Sementara itu, MMG sesuai digunakan untuk membantu meredakan rasa tidak selesa di perut, senggugut, lenguh lenguh badan, selesema, resdung, pening kepala dan dijual pada harga RM29.00. – MalaysiaGazette