MELAKA – Seorang lelaki yang cuba melarikan sebuah bas sekolah di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) dekat Taman Malinja, di sini, petang semalam di reman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 2 Februari itu dikeluarkan oleh Majistret Mazana Sinin bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 27 tahun itu merupakan seorang penganggur dan berasal dari Kapar, Selangor.

“Hasil soal siasat, suspek yang masih bujang mendakwa bertindak melarikan bas sekolah itu kerana mahu membawanya pulang ke Kapar, kira-kira 170 kilometer dari Melaka.

“Semakan lanjut mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah cuba melarikan motokar pada 2013 dan disiasat mengikut Seksyen 379A serta Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan tindakan seorang lelaki cuba melarikan sebuah bas sekolah membawa padah apabila kenderaan itu terbabas di tepi Lebuh AMJ berhampiran Taman Malinja, Melaka sebelum dia ditahan oleh orang ramai.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan tindakan seorang lelaki cuba melarikan sebuah bas sekolah membawa padah apabila kenderaan itu terbabas di tepi Lebuh AMJ berhampiran Taman Malinja sebelum dia ditahan oleh orang ramai.

Kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu disedari salah seorang ahli keluarga pemilik syarikat bas sekolah 44 penumpang itu yang kemudian menghubungi pemilik bas terbabit. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast