Watie Hanifiah.

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan yang dikaitkan sebagai kekasih pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi cerita berat badannya kini sudah bertambah sebanyak 10 kilogram (kg).

“From 58 kg to 68 kg, nak salahkan siapa sebenarnya ini,” tulis Watie berseloroh di Instagram miliknya.

Di ruangan komen, ramai mengusik pertambahan itu mungkin disebabkan Watie kini sedang bahagia menyulam cinta.

Baru-baru ini, Shuib mengakui wanita yang kerap dikaitkan dengannya Watie memiliki ciri seakan-akan sama dengan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Jelas lelaki berusia 38 tahun itu, ciri-ciri itu yang menjadi faktor hubungan mereka menjadi rapat.

Bagaimanapun, Shuib menepis dakwaan bakal berkahwin dengan Watie pada Mac ini dan hanya akan mengumumkan sekiranya sudah punyai tarikh kelak.

Terbaharu, pasangan itu dilihat hadir berpakaian sedondon pada konsert Lah Ahmad hujung minggu lalu. – MalaysiaGazette