Nik Mohamad Amar Abdullah

KUALA LUMPUR – Pas bersikap terbuka dan akan bekerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya mahu menyiasat akaun parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah bagaimanapun berkata, siasatan itu boleh dibuat jika ada keperluan dan berdasarkan tuntutan undang-undang.

“Kita tidak mahu siasatan ini berdasarkan dendam dan bermotifkan politik. Jika ada keperluan dan tuntutan undang-undang, sialkan. Kita akan bagi kerjasama,” katanya di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan turut menyifatkan tindakan pihak berkuasa membeku akaun Parti Bersatu minggu lalu lebih kepada mahu membalas dendam kepada Perikatan Nasional (PN) yang menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, sudah tentu pembekuan akaun itu menyukarkan parti Bersatu menggerakkan jenteranya menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Mohd Amar turut menggesa pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  menyiasat akaun semua parti dan jika ada kesalahan perlu diambil tindakan undang-undang. – MalaysiaGazette