KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan, pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya dibenarkan oleh kerajaan kali ini tidak perlu dibuat secara besar-besaran dan pukal.
Menurut beliau, ia memadai kepada mereka yang benar-benar memerlukan sahaja dan bersasar.
“Perdana Menteri juga sudah mengumumkan bantuan tunai kepada rakyat untuk disalurkan sebelum menjelangnya penggal persekolahan baharu,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Asyraf Wajdi memberitahu, isu tersebut merupakan antara perkara berkaitan beban kewangan ditanggung rakyat yang disuarakan dalam mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Datuk Onn di sini, malam tadi.
Beliau juga maklum dengan sikap sinis pihak tertentu yang memerli dan mempertikaikan perjuangan Pemuda UMNO mendesak kerajaan terdahulu membenarkan pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan akhirnya kerajaan akur dengan tekanan rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, Asyraf Wajdi berkata, beliau akan tetap meneruskan perjuangan menyampaikan suara hati rakyat walaupun tidak lagi mengetuai Pemuda UMNO selepas ini.
“Insya-Allah barisan kepimpinan Pemuda yang baharu juga akan tetap menjadi Pemuda Jurubicara Rakyat,” jelasnya. – MalaysiaGazette
sebelum ni sbk srh kerajaan luluskan pengeluaran kwsp.skrg ni bila dh join ph blh pulak cakap x perlu
BILA KETURUNAN MUNAFIK UMNO BERKATA2…..BILA DIJUBURI PKR dan P akatan H ancing….air kencing pun rasa nikmat dijilat balik
sudah lah walaun PN…jumloh dah cukup ke belum? meroyan lah kau sampai 5 tahun….harharhar