KUALA LUMPUR – Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri parti itu pada pemilihan kali ini.
Menerusi kenyataan ringkas, beliau yang mesra disapa dengan panggilan Sis Lin menjadi satu-satunya calon dari Selangor untuk menandingi lima calon lain setakat ini.
“Saya berpegang kepada prinsip terus berjuang dan berkhidmat bersama UMNO yang saya sertai sejak 21 tahun lalu.
“Asas perjuangan saya kini mahu memastikan golongan anak muda dan belia kembali kepada parti,” katanya.
Selain itu katanya, sebagai seorang ahli perniagaan beliau ingin memberi ruang dan peluang keusahawanan kepada ahli Puteri dalam suasana ekonomi tidak menentu ketika ini. – MalaysiaGazette