Tangkap layar kenyataan dikeluarkan Dr Muhamad Akmal Saleh di FB rasminya hari ini.

MELAKA – Pemuda UMNO Melaka memberi amaran kepada bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik supaya tidak
sesekali menyentuh sensitiviti agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Naib Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan sebegitu tidak boleh diterima akal dan bertolak ansur kerana jelas telah menghina Islam.

“Bila disentuh soal agama dan bangsa itu perkara yang tidak boleh kita semua kompromi…sebab itu orang yang sebegini layak dipanggil bangsat.

“Malam ini pukul 8 kita akan buat laporan polis terhadap bangsat ini agar tindakan undang-undang yang keras boleh diambil kepada puak pelampau ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook (FB) rasminya di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan keras dan tegas terhadap atlet itu.

“Mohon YAB Anwar Ibrahim dan YAB Zahid Hamidi untuk ambil tindakan yang keras dan tegas terhadap bangsat ini.

“Mereka yang jauh dari Merlimau juga boleh buat laporan polis di balai polis yang terdekat,” katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial video Guang Yik yang mendakwa pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah teruk disebabkan diuruskan oleh kaum Melayu yang dianggapnya sebagai pemalas.

Beliau yang bercakap dalam bahasa Cina turut mendakwa, sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam selama lima kali sehari menunjukkan kaum itu tidak mempunyai niat untuk menguruskan BAM.

Justeru beliau mencadangkan agar pengurusan BAM ditukar kepada orang Cina.

Video itu didedahkan oleh sorang pengguna media sosial berketurunan Cina, Ah Boy Badminton di Twitter yang menterjemahkan ucapan Guang Yik.

Ah Boy menggesa Guang Yik supaya tidak bersikap rasis yang boleh mengganggu keamanan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. kenapa FUAD terus melenting dan marah2 pada DAPIGS….bukankah UMNO khianat dan jadi MUNAFIK …NO DAP NO ANWAR
    fuad Dan UMngok TIDAK PERLU NAK TUNJUK HERO….kami ingat apa yang kamu buat
    sekarang DAPIGS menjuburi UMNO dan UMNO menjuburi DAPIGS….ZAHID MUNAFIK dan sekutunya sudah IKTIRAF DAPIGS kawan paling setia dan baik
    nasi sudah jadi bubur
    HILANGLAH DAKWAAN 10 SEBAB UMNO menentang DAP seperti yang disalak ASRAF WAJDI yang HILANG TELOR sekarang…..dalam masa 2 bulan DAPIGS sudah jadi JAGUH BANGSAT

  2. zaman ini amatlah susah lagi gaji mati macam saya dan kawan2 sekuriti,,,,barang mahal semuanya,,,rm 50 boleh dapat dua barang saja,,,,syukur saya belum berkahwin lagi,,,,kalau tidak x tahu lah dengan gaji sebegitu dapat kah saya menyara keluarga saya,,,,Moga fi zaman kepimpinan yg baru ni semuanya berubah lah,,,,Moga ekonomi melonjak naik,,,rm juga mempunyai nilai yg seimbang fenga negara2 lain,,,,minyak petrol pun harap turunlah bersamaan dengan barang2 kegunaan harian,,,,sayu hati kerana yidak dapat membantu ahli keluarga yg dah pun lanjut usia,,,,,Jasa mereka x dapat nak dibalas lagi akibat kekangan kewangan yg hanya cukup makan pakai,,,,,fan tiafa simpanan dapat dibuat,,,,harapkan e.p.f yg x seberapa waktu tua nanti,,,itu pun kalau panjang umurlah,,,,,Saya berharap benar dengan tampok kepimpinan yg baru ni dapatlah mengubah nasib netizen2 yg pendapatan sebagai rakyat miskin ni,,,,terubah dan terbela,,,kawan saya yg kerja kilang pun terpaksa kerja 2 hari saja seminggu kerana menghabiskan cuti tahunan yg tidak dibayar,,,,zBayangkan hanya makan basic rm1500 sebulan,,,,nasib baik rumah dah pun diap,,,,cuma perlu tanggung anak dan isteri,,,,1500 sebulan nak belanja macam mana,,,kilang juga dah tisda ot lagi,,,berbanding tahun lepas kerja 7 hari seminggu,,,,walaupun penat tapi bila gaji hilang segala kepenatan tu,,,,,,Moga sdalah sinar baru di tahun baru,,,,,kepimpinan baru,,,,kita doalah sama2 moga Malaysia menjadi negara yg mewah dan tiada lagi netizen yg dilebal sebagai miskin tegar,,,,amin yarobbal alamin

Comments are closed.