KUALA LUMPUR – Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang menganjurkan Pertandingan Video Parodi Terbaik daripada babak nashkah itu dengan menawarkan hadiah wang tunai selain terpilih sebagai pemenang bertuah.
Pertandingan itu sempena cuti persekolahan dalam usaha menarik lebih ramai pelajar menonton filem yang sarat dengan mesej itu.
Menurut kenyataan pengedar filem itu, Metrowealth International Group, pertandingan itu terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa dalam melahirkan individu yang memiliki idea dan daya kreatif sendiri.
“Objektif penganjuran pertandingan ini adalah untuk memupuk minat dan kreativiti masyarakat dalam filem tempatan yang bersifat patriotik dan memiliki perasaan tebal dan sayangkan negara.
“Selain itu, ia juga bertujuan mencungkil bakat penghasilan produk multimedia bergenre nilai murni universal serta memberi peluang kepada masyarakat Malaysia memahami tugas seseorang penguatkuasa.
“Pada masa sama, kami juga ingin mengajak kakitangan dan agensi kerajaan lain itu turut sama membantu menyokong filem yang dihasilkan satu agensi kerajaan lain,” katanya.
Tarikh tutup Pertandingan Video Parodi Terbaik itu pada 23 Februari ini dan setiap penyertaan hanya perlu menanda pagar ke akaun media sosial filem tersebut.
Mengetengahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menjaga keselamatan perairan negara, filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang sentuhan terakhir Allahyarham Pitt Hanif sarat dengan aksi mendebarkan yang pastinya menyentuh emosi untuk menarik penonton ke pawagam.
Filem genre aksi unit beruniform terbitan Flying Deals Sdn. Bhd. dan Arie Zaharie Production tersebut menampilkan gandingan hebat dua pelakon hebat tanah air iaitu Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.
Karya yang turut mendapat kerjasama Maritim Malaysia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlee, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Hafiz Nafiah, Iman Zulkarnain, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.
Antara watak yang menjadi tumpuan Kadok yang dilakonkan Hazama atau nama sebenar Hazama Ahmad Azmi.
Da membawakan watak jahat dalam filem terbabit perlu buat percubaan babak aksi berlawan dengan Saharul yang memegang watak utama iaitu Leftenan Maritim Hafiz sebanyak 150 kali take untuk mendapatkan hasil yang terbaik mengikut tuntutan skrip.
Sementara itu, filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang disokong Finas, Primeworks Studios dan Media Prima Berhad. mensasarkan filem ini kutipan sebanyak RM20 juta di pawagam dan kini melebihi RM5 juta.
Filem berkenaan ditayangkan di semua pawagam seluruh negara bermula 2 Februari lalu, termasuk tayangan serentak di Singapura dan Brunei. – MalaysiaGazette