KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh 23 Februari hingga 1 Mac 2023.
Harga RON97 yang dikekalkan ialah RM3.55 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak
mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette