Orang ramai berkumpul di jambatan lama bandar Segamat yang menjadi daerah terburuk di Johor terjejas banjir apabila menyaksikan seramai 7,272 orang daripada 2,050 keluarga yang ditempatkan di 55 PPS daripada keseluruhan 25,213 penduduk terjejas di 10 daerah. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Rompin, Pahang dan Segamat, Kluang serta Mersing di Johor hingga esok.

Hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Pekan, Pahang; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Maran, Kuantan dan Bera, Pahang, diikuti Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan dan Melaka juga hingga esok.

Selain itu, MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku sepanjang hari ini di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Sarawak. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast