PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memaafkan mana-mana pihak yang menganiayanya sebelum ini, namun tidak boleh bertolak ansur dengan perbuatan mencuri wang negara.
Beliau berkata, agensi penguatkuasaan bertanggungjawab mengembalikan wang yang hilang itu supaya kerajaan dapat menyelamatkan negara daripada hutang yang kini mencecah RM1.5 trilion.
“Saya tak berhajat untuk mengorek dan mencungkil semua kelemahan-kelemahan lalu, melainkan kalau ia melibatkan dana yang banyak yang mesti dipulangkan kepada negara.
“Saya dipukul setengah mati, saya (boleh) maafkan, ini kerana itu soal peribadi.
“Tetapi wang dicuri berbilion-bilion, saya tiada kuasa maafkan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Sesi Pemukiman Wisma Putra, di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Tambahnya, wang negara yang dicuri jika dikembalikan boleh memberi manfaat kepada rakyat khususnya menambah baik infrastruktur yang uzur.
“Sekolah (perlu) diperbaiki, sekolah daif diperbaiki, tandas-tandas sekolah anak-anak kena diperbaiki, klinik-klinik diperbaiki.
“Nasib orang yang ditimpa kemalangan dan wabak Covid-19 dan sekarang banjir dapat dibantu.
“Ini tanggungjawab kita bersama dan cara atau kaedahnya adalah untuk membawa semangat perubahan ini,” katanya.
Perdana Menteri juga menemplak persepsi pihak tentu kononnya komuniti di luar bandar menolak perubahan apabila tertubuhnya Kerajaan Perpaduan.
“Bukan sesuatu yang mudah kerana kita berdepan dengan kekuatan yang akan menghalang perubahan.
“Orang buat andaian enggan buat perubahan itu adalah orang kampung dan makcik-makcik yang tak mahu perubahan, tak benar.
“Orang yang tak mahu perubahan itu ada juga dalam kumpulan elit politik yang selesa dan senang dengan kuasa, kepentingan dan cara rasuah mereka,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Bayangkan seandainya negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait ikut contoh politikus Pak Pandir beri hak warganegara tempatan kepada migran bukan pribumi tinggal lama bayar yuran residency dan cukai yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut maka pasti sebahagian tanah political economy tergadai kepada majority migran bukan pribumi seperti Singapore dan Penang politikus Pak Pandir ooii!
saya ulang saya ulang….sayalah KETUA MUNAFIK….MANA PM boleh pegang jawatan MENTERI KEWANGAN….bila masa saya akan kerjasama dengan PENYAMUN KAKI SAKAU UMNONGOK ZAHID
jadi jangan FITNAH saya///// FITNAH dan MUNAFIK ibarat LAGU dan IRAMA tidak boleh dipisahkan
SAYA jika JADI PM akan pastikan ROYALTI diberi KELANTAN TERENGGANU….TAPI saya TETAP MUNAFIKUN
////RAKYAT nak mati kena tipu puak MUNAFIK TIDAK akan KERJASAMA dengan PERASUAH dan PARTI RASUAH