Ahmad Zahid Hamidi. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2023.

SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan kuasa Menteri Dalam Negeri yang boleh membatalkan keputusan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membuat bantahan di Parlimen.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Akta Pertubuhan 1966 perlu dipinda terlebih dahulu di Parlimen sebelum kuasa Menteri Dalam Negeri itu boleh dilucutkan.

“Itu kena tengok balik Akta Pertubuhan 1966, itu merupakan satu Akta.

“Akta itu diluluskan di Parlimen, maka kita serahkan balik kepada Parlimen jika mahu Akta itu dipinda,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengenalan Calon-Calon bagi Naib Presiden, Majlis Kerja Tertinggi dan Exco Sayap UMNO di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, malam ini.

Selasa lalu, bekas Ahli UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jalamuddin Abu Bakar tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menggunakan Seksyen 70, Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1) (c)(iv) Akta 832 kepada UMNO.

Khairy berkata, tindakan Menteri Dalam Negeri yang menggunakan kuasanya untuk mengecualikan ketetapan RoS lebih dilihat untuk menyelamatkan parti politik berkenaan.

Gelagat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama calon Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (kanan) dan wanita-wanita UMNO di Majlis Pengenalan Calon-Calon Bagi Pemilihan UMNO Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2023 di Shah Alam Convention Centre. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2023.

Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang diadakan Januari lalu meluluskan usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang perlu dibuat sebelum 19 Mei ini.

UMNO akan mengadakan pemilihan bagi peringkat tertingginya pada 18 Mac ini di iaitu jawatan Naib Presiden sehingga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, selepas dua jawatan utamanya tidak dipertandingkan.

Sementara itu, Ahmad Zahid akan mengumumkan hala tuju baharu parti selepas Pemilihan UMNO 2023 selesai pada 18 Mac ini.

“Kita tunggu pemilihan 18 Mac ini dan saya akan umumkan secara rasmi hala tuju yang telah saya umumkan ketika ucapan penangguhan PAU2022

“Kita mahu barisan pemimpin yang dipilih nanti bersama-sama untuk menterjemahkan pelaksanaan hala tuju baharu ini

“Kita telah menyusun 21 langkah bagi merealisasikan hala tuju ini dan

“Kita harap UMNO tiada duri dalam daging dan tiada gunting dalam lipatan, semuanya bersatu dalam satu pasukan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast