Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MAC 2023.

PUTRAJAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11.15 pagi.

Ketibaan beliau disambut ratusan penyokong PN dan beberapa pemimpin utama gabungan itu.

Antara yang kelihatan adalah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Muhyiddin sempat melambai ke arah penyokongnya bagaimanapun tidak berkata apa-apa.

Beliau kemudiannya dibawa masuk ke ibu pejabat SPRM jam 11.22 pagi ditemani beberapa peguam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.