Institut Pertanian Bogor (IPB) Universiti di Indonesia.

KUALA LUMPUR – Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. kini menguruskan pelajar yang berminat menyambung pengajian peringkat ijazah veterinar atau doktor haiwan di Institut Pertanian Bogor (IPB) Universiti, Indonesia.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohd. Annawi Shamsudin memberitahu, pihaknya telah menjalinkan kerjasama dengan IPB telah terjalin sejak lima tahun lalu melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani sebelum ini.

Beliau berkata, Zara Zakiah Education merupakan wakil rasmi di negara ini yang dilantik untuk mengurus pelajar  di mana  seramai 30 pelajar jurusan veterinar sedang mengikuti pengajian di IPB

“Fakulti Perubatan Veterinar di IPB merupakan universiti IPTA yang diiktiraf oleh Malaysian Veterinary Council (MVC) dan merupakan antara universiti yang terbaik di Indonesia.

“Sepanjang sejarahnya, Fakulti Perubatan Veterinar di IPB telah menonjol sebagai pemangkin beberapa dasar strategik dalam bidang haiwan dan sains haiwan di negara tersebut.

“Institut ini juga mempunyai kolaborasi di peringkat antarabangsa termasuk dengan Universiti Putra Malaysia (UPM). Pelajar yang berminat terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), matrikulasi, diploma dan asasi boleh memohon di mana syarat minimum B untuk semua subjek aliran sains tulen dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.5 ke atas dialu-alukan untuk mendaftar dengan syarat yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Rektor Institut Pertanian Bogor,, Indonesia, Prof Dr. Arif Satria (berdiri di tengah berbaju coklat) bersama-sama para pensyarah IPB dan sebilangan pelajar Malaysia (duduk di barisan hadapan) yang sedang mengikuti pengajian di sana.

Mohd. Annawi menambah, bagi pelajar matrikulasi dan asasi boleh digalakkan membuat permohonan awal dengan menggunakan keputusan semester satu bagi mengelak pendaftaran dalam talian IPB ditutup.

Katanya, tambahan pula pihak UPM dan Universiti Malaysia Kelantan hanya menyediakan 140 tempat sahaja bagi program veterinar di IPTA dalam negara.

Justeru beliau menasihat pelajar tidak terlepas peluang keemasan untuk menyambung pengajian di sana

“Istimewanya IPB kerana ia mempunyai sebuah hospital haiwan untuk tujuan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang cemerlang, berkelas dunia dan antara universiti terbaik di Asia Tenggara.

“Lepasan IPB mempunyai kebolehpasaran graduan yang berkualiti dan berbaloi dengan yuran pengajian berpatutan iaitu sebanyak RM142,000 bagi mengikuti tempoh pengajian selama empat tahun bergantung kepada nilai tukaran semasa.

“Pelajar tempatan yang menyambung ke sana juga akan dipantau pengajian, kemudahan hospitaliti serta kemudahan lain yang  diperlukan dan lebih menarik budaya dan bahasa juga serumpun.

“Justeru, mereka akan lebih mudah menyesuaikan diri dalam tempoh masa yang singkat. Tambahan pula berdasarkan pengalaman Zara Zakiah Education menghantar pelajar ke lain- lain negara adalah kelebihan kepada kami untuk menyantuni mereka ke IPB, Indonesia,” ujarnya.

Mereka yang berminat menyambung pengajian di IPB, boleh menghubungi wakil Zara Zakiah Education di laman wwb www.zarazakiah.com.my. – MalaysiaGazette