MELAKA – Satu mayat lelaki ditemui di Bukit Beruang Hill di sini pagi tadi dipercayai Steven Tan Kim Huat, 45, – pendaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki bukit berkenaan petang Selasa lalu.

Difahamkan, mayat peniaga itu ditemukan dua pendaki yang membantu pihak berkuasa mencari mangsa selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pelbagai agensi kerajaan tidak menemukan sebarang petunjuk keberadaan mangsa.

Menurut penduduk yang enggan dikenali, mayat mangsa ditemukan kumpulan pendaki itu pada peringkat pendakian CP1, di kawasan tebing curam bukit.

Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di lokasi sejak 11.30 pagi tadi mendapati, laluan masuk dipenuhi anggota polis dan bomba untuk melakukan operasi membawa keluar mangsa.

Kelihatan pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba pada pukul 11.50 pagi memasuki laluan menuju bukit rekreasi itu.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan, operasi SAR seorang peniaga yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Beruang Hill di sini petang Selasa lalu masih menemui jalan buntu biar pun usaha mencari sudah meliputi 99 peratus kawasan hutan rekreasi itu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki dilaporkan sesat dan hilang di Bukit Beruang, di sini, 14 Mac lalu dihentikan hari ini sehingga pihak berkuasa menemui bukti atau petunjuk baharu mengenai keberadaannya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pos kawalan tempat kejadian  agensi yang melakukan SAR ditutup jam 3 petang selepas mangsa, Steven Tan Kim Huat, 45 belum ditemui walaupun semua kawasan di bukit itu telah diperiksa. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hampir seluruh Bukit Beruang dicari, pendaki hilang masih belum ditemui

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast