Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan seekor lembu betina agresif yang nyaris lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ikan di Kampung Baru, Taboh Naning, di sini, kelmarin. - Foto Ihsan APM Alor Gajah

ALOR GAJAH – Sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan seekor lembu betina agresif  yang nyaris lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ikan di Kampung Baru, Taboh Naning, di sini, kelmarin.

Itu pengorbanan dilakukan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk mengeluarkan lembu berkenaan menggunakan tali dan ditarik dengan lori.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 7 malam.

“Sebaik menerima maklumat, empat anggota APM dari PDPA Alor Gajah dikejarkan ke lokasi pada jam 7.10 malam sebelum mendapati seekor lembu betina terperangkap di dalam kolam ikan sedalam dua meter itu.

“Kita percaya lembu betina itu itu terpisah daripada kawanannya malah sangat agresif apabila cuba diselamatkan termasuk cuba melompat keluar dari tembok simen kolam itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, selepas kira-kira 90 minit usaha menyelamatkan haiwan itu dilakukan empat anggota APM sambil dibantu beberapa orang awam, baharulah haiwan itu berjaya dikeluarkan dari kolam sepanjang 30 meter dan lebar 15 meter itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast