Gambar hiasan

MELAKA – Mereka yang ingin berbuka puasa dengan citarasa Siam boleh menikmatinya pada bufet Ramadan Hotel LaCrista yang mengetengahkan hidangan istimewa nusantara itu.

Pengarah Urusan Hotel LaCrista Datuk Rosthman Ibrahim berkata, pada Ramadan kali ini mereka bakal menawarkan lebih daripada 220 jenis makanan dan minuman termasuk hidangan tradisional Melayu dan Thailand.

Menurutnya, antara hidangan unik dan istimewa adalah Sup Tulang Merah, Danok Thai Beef Salad, Miang Kam, Song Tam, Tom Yam Goong Coconut Water, Green Curry Beef, Lemon Grass Fried Chiken, Massaman Fish Curry dan Sotong Sumbat Otak-Otak.

“Turut ditawarkan ialah Ikan Southern Thai Gaeng Som, Laksa Siam, Manggo Sticky Rice dan pelbagai jenis kuih muih dan pencuci mulut yang diterbangkan khas dari negara jiran.

“Kita juga menawarkan pelbagai menu berasaskan nenas MD2 dengan usaha sama Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Kampus Jasin,” katanya di sini hari ini.

Bufet Ramadan Hotel LaCrista bertemakan Citarasa Siam menawarkan lebih daripada 220 jenis makanan dan minuman termasuk hidangan tradisional Melayu dan Thailand.

Tambahnya, harga ditawarkan adalah RM118 bagi setiap dewasa manakala RM60 untuk setiap kanak-kanak yang berusia empat hingga 12 tahun serta warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Aisyah Arif di talian 012-6118595 atau Bari Amin 019- 7362509 manakala bagi pembelian baucer ditalian 06-2816868. – MalaysiaGazette.