Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak jatuh pada hari Khamis selepas tiga sesi kenaikan, susulan tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.80kepada AS$75.89 setong menjelang 00:09 GMT.

Manakala harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS jatuh AS$0.84 kepada AS$70.06.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) pada hari Rabu berkata, inventori minyak mentah negara itu meningkat sebanyak 1.1 juta tong pada minggu berakhir 17 Mac.

Menurut EIA, jumlah inventori petrol motor berkurangan sebanyak 6.4 juta tong minggu lepas, manakala stok bahan api sulingan susut sebanyak 3.3 juta tong. – Agensi