KUALA LUMPUR – Bagi menghargai para pelanggan setia, MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) telah menganjurkan majlis penyampaian hadiah untuk kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 CASA-i (SBMB 2.0) bagi suku pertama baru-baru ini.

Majlis berkenaan diadakan di Pasar Raya Mydin di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Hadiah-hadiah kepada pemenang Kategori Cabutan Utama dan juga Kategori Cabutan Simpanan Tinggi Serantau di Wilayah Pantai Timur disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBSB Bank, Jesleigh Johari.

Mengulas mengenai pencapaian SBMB 2.0, beliau berkata, kempen berkenaan yang dijalankan buat kali kedua berikutan kejayaan SBMB 1.0 menunjukkan para pelanggan sangat
berminat untuk menyertainya.

“Semenjak bermulanya penganjuran SBMB 2.0, kami dapat melihat peningkatan penyertaan sebanyak 90 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada kesemua para pelanggan setia yang menyertai kempen ini dan di atas sokongan berterusan terhadap
MBSB Bank.

“Kami akan terus menawarkan kempen-kempen menarik untuk manfaat semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada majlis yang sama, pemenang bertuah berasal dari Kuala Terengganu, Mohamad Jefri Mohamad, membawa pulang sebuah kereta mewah Mercedes Benz A 200 setelah memenangi Cabutan Utama untuk suku pertama SBMB 2.0.

Empat lagi pemenang, Low Beng Cheong, Low Wan Choon, Kamarudin Yahya dan Zulkeflee Ismail masing-masing memenangi wafer emas bagi Cabutan Simpanan Tinggi Serantau di Wilayah Pantai Timur.

Kempen SBMB 2.0 yang bermula 1 September 2022 dan akan berakhir pada 31 Mei lalu menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai RM2.4 juta termasuklah kereta mewah,
motosikal, telefon pintar dan wang tunai.

Kempen ini terdiri dari tujuh kategori cabutan iaitu Bulanan, Kesetiaan, Simpanan Baharu, Digital, Simpanan Tinggi Serantau, Istimewa serta Utama.

Kepada yang berminat untuk menyertai kempen SBMB 2.0, penyertaan boleh dilakukan melalui pembukaan Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Primewin-i dengan jumlah deposit minimum bernilai RM100 di mana-mana cawangan MBSB Bank atau dalam talian di laman sesawang MBSB Bank, www.mbsbbank.com.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast