Gambar hiasan. foto VG.no

OSLO – Empat orang terkorban dalam runtuhan salji di utara.

Dua individu dan 140 ekor kambing yang berada di rumah dan bangsal telah dihanyutkan di Pulau Reinoya akibat runtuhan tersebut.

Pihak berkuasa berkata, dua lagi mangsa yang meninggal dunia adalah pelancong asing, namun kewarganegaraannya belum dapat disahkan.

Dalam runtuhan salji pertama, di Lyngen, seorang maut dan dua lagi cedera.

“Terdapat lima orang yang berasal dari luar negara sedang bersiar-siar di kawasan itu. Kami boleh mengesahkan bahawa seorang telah meninggal dunia,” kata jurucakap polis.

Dua lagi cedera, seorang kritikal dan seorang lagi cedera ringan.

Pada sebelah petang, polis berkata, mangsa keempat telah terbunuh dalam runtuhan salji lain di Storslett di kawasan Nordreisa.

“Mangsa adalah sebahagian daripada rombongan pelancong asing.

Perdana Menteri Jonas Gahr Støre menyifatkan kematian itu sebagai tragis.

Runtuhan salji berlaku hampir setiap hari di Norway tahun ini dengan tujuh peratus wilayah negara ini berisiko, kata pakar.

Terdahulu pada hari Jumaat, beberapa bandar kecil di wilayah Troms telah dipindahkan kerana risiko tinggi runtuhan salji, ketika pihak berkuasa memberi amaran tentang ribut salji dan angin kencang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast