Malik Streams ceburi perniagaan melibatkan emas.

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Abdul Malik Dasthigeer menceburi perniagaan emas dengan membuka kedai di Jalan Masjid India, di sini, baru-baru ini.

Kata pemilik MS Gold itu, perniagaan emas menawarkan prospek yang baik dan memberi keuntungan jika ia dilakukan dengan betul.

“Saya mempunyai dua impian besar sejak muda lagi, satu hendak membina hotel di sini dan kedua memiliki kedai emas di Jalan Masjid India,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation itu kepada MalaysiaGazette.

Beliau yang telah menjalan kajian sebelum membuka kedai emas itu berkata, pembukaan premis pada musim perayaan dengan lokasi tumpuan orang ramai  dijangka mendapat sambutan yang baik.

Pembukaan MS Gold memberi akses kepada rakyat Malaysia reka bentuk barangan kemas ekslusif bertaraf dunia pada harga berpatutan di

Tambah beliau, pelanggan ditawarkan diskaun sehingga 70 peratus ditawarkan pada produk emas 916 dan 999  dengan rekaan terkini dan eksklusif.

“Saya hendak melakukan sesuatu yang besar dan setiap kali saya juga akan berfikir bagaimana hendak  memastikan rakyat di negara mendapat manfaat dan keuntungan melalui setiap perniagaan yang saya jalankan, itu adalah komitmen dan juga keutamaan saya,” ujarnya. 

Selain menjual baranga kemas daripada emas, MS Gold juga menyediakan perkhidmatan membaiki, mencuci, menyadur barangan kemas. – MalaysiaGazette