Sri Raja Muniswarar Temple at Taman Bersatu, Kuala Kedah demolished Exclusive interview with the Menteri Besar of Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor at The Gardens Hotel and Residence, Kuala Lumpur. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette racist Indian Thaipusam Hindu Temple
Muhammad Sanusi Md. Nor

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada bekas Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahkamah menetapkan demikian bagi kes fitnah yang telah dilakukan oleh Muhammad Sanusi terhadap Mahfuz empat tahun lepas.

Peguam mewakili Mahfuz, Noorazmir Zakaria memberitahu media, rayuan Sanusi telah ditolak Mahkamah Rayuan hari ini.

“Malah rayuan anak guam untuk menaikkan jumlah ganti rugi dibenarkan daripada RM50,000 kepada RM120,000.

“Inilah ganti rugi paling, memang susah hendak lepas nilai ratus ribu untuk ganti rugi,” katanya selepas prosiding atas talian Zoom hari ini.

Mahfuz Omar

Untuk makluman, pada November 2021, Mahfuz menang saman fitnah yang difailkan terhadap Sanusi, dengan Mahkamah Tinggi mengarahkan Sanusi membayar RM50,000 kepada Mahfuz.

Sanusi didakwa memfitnah Mahfuz selaku wakil rakyat Pokok Sena terlibat dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu menerusi laman sosialnya pada tahun 2019.

Menteri Besar Kedah itu juga didakwa menerbitkan satu video berdurasi 7 minit 57 saat di akaun Facebook miliknya pada 27 Julai 2019, dengan  memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk yang tertera nama plaintif. -MalaysiaGazette