Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meminta masjid dan surau melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah selepas Isyak esok dan solat Jumaat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

Ia susulan tragedi serangan dan kekasaran tentera Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa malam tadi.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak bertanggungjawab dan kezaliman yang dilakukan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia.

“Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT adalah lambang solidariti berpanjangan umat Islam untuk keamanan rakyat Palestin,” menurut Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Seperti yang sering berlaku pada Ramadan lalu, keganasan sekali lagi meletus di Baitulmaqdi.

Dalam satu video media sosial, polis Israel yang bersenjata lengkap menggunakan belakang senapang dan kayu untuk memukul jemaah Palestin yang berada di dalam masjid al-Aqsa.

Terdapat penularan gambar menunjukkan perabot terbalik dan sejadah bertaburan di dalam masjid tersebut.

Dengan ketegangan yang semakin meningkat di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki selama berbulan-bulan.

Keadaan itu menyebabkan para diplomat telah memberi amaran tentang risiko pusingan baharu keganasan di tempat suci ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. JAWI suruh surau dan masjid buat solat hajat kekejaman Israel kepada Palestine.
    Pemimpin kerajaan Welanon Welanon ni tak buat kecaman pun…
    nak tanya adakah kisah itu dari sumber sahih sebab tak pasti jangan kongsi…

Comments are closed.