Pengerusi Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dusuki Ahmad bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ulama UMNO di Menara DatoÕ Onn, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 27 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama UMNO menggesa agar masyarakat antarabangsa dan umat Islam di seluruh dunia menyatakan pendirian mengecam tindakan jenayah rejim zionis di Masjid Al-Aqsa.

Menurut satu kenyataan, serangan itu jelas bertentangan dengan prinsip dan amalan masyarakat antarabangsa mengenai tempat mulia ibadat serta kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing.

“Majlis Ulama UMNO mengecam sekeras-kerasnya kejadian pencabulan dan jenayah kekejaman yang dilakukan oleh tentera haram Zionis ke atas pengunjung Masjid al-Aqsa yang beriktikaf di masjid tersebut.

“Jenayah kemanusiaan yang berlaku ini sudah tentu akan menyentuh emosi seluruh umat Islam yang pasti akan mencetuskan perkara-perkara yang tidak diingini,” katanya, hari ini.

Awal hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa memastikan rejim Israel bertanggungjawab ke atas serbuan di kompleks Masjid Al-Aqsa, Rabu lepas, yang menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera.

Anwar turut mendesak agar semua rakyat Palestin yang ditahan semasa serbuan tersebut dibebaskan segera.

Media sebelum ini melaporkan tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dua kali berturut-turut, dan menyerang jemaah Palestin.

Rejim zionis itu turut menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa selepas solat tarawih, melepaskan bom pegun, memukul jemaah Palestin dan menahan kira-kira 350 orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Alhamdulillah,kami umat islam memang membantah sekeras²nya kekejaman zionis,lagi² kejadian terjadi masa tengah solat…tapi yg lebih utama majlis ulama umno kena buat, perbetulkn landas agama dalam parti kepada ahli²,termasuk yg berjawatan paling tinggi…baru sekarang nampak apa mqkna yg pernah allahyarham p. ramlie pesan, ALIP MIM NUN TENDANG WAU
    *ahli yg patah hati

Comments are closed.