Razman Zakaria

KUALA LUMPUR – Semua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) Perak menghadiri Seminar Pemantapan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri Perak Siri 1 anjuran Pejabat Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak.

Seminar julung kali diadakan itu hasil cetusan idea daripada Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria bagi memberikan pendedahan yang jelas kepada kepimpinan pembangkang mencakupi nilai integriti, inklusif dan profesionalisme.

Bagi siri pertama, fokus pengisian adalah memberikan pendedahan mengenai aspek integriti, tata kelola dan personaliti ahli politik yang bersih dan dihormati masyarakat.

Pengisian itu disampaikan Timbalan Pengarah Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Mustafa Kamal Ahmad.

Menurut Razman, ADUN pembangkang akan memanfaatkan seminar itu untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan berperanan dalam sidang Dewan Negeri dengan menjadi pembahas berkualiti dan berfakta sebagai ahli Legislatif yang bertanggungjawab dalam menggubal perundangan dan dasar negeri.

“Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan hasilnya sudah pasti akan menzahirkan komitmen yang baik untuk diberikan kepada semua rakyat di Perak.

“PN Perak terus kukuh dan kuat dengan membawa isu dan suara rakyat demi kesejahteraan rakyat dan negeri bertuah ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kan senang lebai berterus terang camtu..jgn asyik nk
    berpolitik 24 jam. Moga2 jd pembangkang yg menyumbang bukan pembangang yang sumbang.

Comments are closed.