Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai ketika memancing di Sungai Lereh, Melaka, awal pagi tadi. 

MELAKA – Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai ketika memancing di Sungai Lereh di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fazzil Yusof berkata, mayat mangsa dijumpai oleh pasukan bomba dalam keadaan terapung di sungai berkenaan tepat pukul 2 pagi.

Menurutnya sebelum itu, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian seorang lelaki berbangsa India berumur sekitar 30-an dipercayai lemas pukul 10.08 malam.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut dibantu lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Melaka Tengah namun tidak menemui mangsa sehingga pukul 1 pagi.

“Bagaimanapun, kata kira-kira satu jam kemudian, mayat mangsa berjaya ditemukan melalui kaedah pencarian di permukaan dan dasar sungai,”katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast