Photo credit : Indonesian Military Information Centre

JAKARTA – Sekurang-kurangnya empat tentera Indonesia dilaporkan hilang selepas diserang pemberontak di wilayah bergolak Papua.

Mereka adalah antara 36 askar yang menyertai operasi menyelamat tebusan juruterbang New Zealand, Phillip Mark Mehrtens, di daerah berbukit dan pergunungan di Kabupaten Nduga pada Sabtu.

“Nasib empat anggota itu masih belum dapat dipastikan,” kata Panglima Angkatan Tentera Indonesia, Laksamana Yudo Margono dalam satu kenyataan.

Beliau juga mengarahkan askar bersiap sedia untuk tempur sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan yang digelar Free Papua.

Indonesia mengklasifikasikan kumpulan itu dan organisasi gabungannya di Papua, sebagai kumpulan pengganas pada 29 April 2021.

Yudo dan pegawai tentera tertinggi melawat wilayah itu pada Isnin untuk menilai operasi mencari dan menyelamat Mehrtens.

Dia diculik oleh kumpulan itu selepas mendaratkan pesawat komersial Susi Air di Lapangan Terbang Paro pada Februari.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast