Rayme Zainal muncul dengan Rindu Dihari Raya 2023”

KUALA LUMPUR – Pernah tular kerana sering dikaitkan mirip selebriti asal Singapura, Roslan Shah menerusi ciapan di Twitter, penyanyi baharu Rayme Zainal tampil dengan single lagu raya terbaru berjudul Rindu Dihari Raya 2023.

Lagu itu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Rayme Zainal atau lebih senang dengan panggilan Ray berdasarkan pengalaman sebenar yang dilalui bagi memperingati insan tersayang terutamanya ahli keluarga dan teman-teman rapat yang telah pergi menemui sang pencipta.

Kata Ray, berbeza dengan lagu-lagu raya baharu yang menengahkan konsep ceria, lagu Rindu Di Hari Raya 2023 membawa pendengar mengimbau kembali kenangan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama orang tersayang.

Namun, ujarnya, ketiadaan mereka kerana telah pun pergi menemui sang pencipta menerbitkan kerinduan yang pastinya mengusik jiwa setiap kali menyambut ketibaan Syawal.

Diterbitkan bersama produser musik, Jason How, dia memberitahu, lagu Rindu Di Hari Raya 2023 menampilkan rentak genre balada yang disulamkan dengan elemen irama tradisional agar dapat didengari dan diterima oleh semua peringkat umur, sekali gus memberikan vibe raya yang kelainan dari segi mood dan susunan musik berbanding lagu raya yang lain.

Konsep muzik video (MV) berbentuk story-telling menceritakan kisah seorang ibu yang di bawa oleh anaknya ke Pusat Jagaan Damai Senior Care Centre, Jalan Damai, Ampang untuk tinggal bersama penghuni yang lain bagi mendapatkan khidmat penjagaan profesional, katanya.

“Kenangan manis menyambut Ramadan serta membuat persiapan hari raya bersama suami tersayang menerbitkan rasa rindu dan sedih setiap kali mengenangkan ketiadaan mereka bersama di hari raya.

Rayme merupaka bekas peserta program All Together Now Malaysia musim pertama

“Walaupun negara kita sudah lama memasuki fasa endemik, pengalaman menyambut lebaran di kala pandemik pastinya takkan dilupakan serta memberi pengajaran serta kesedaran tentang kehidupan dalam menghargai insan tersayang di kala mereka masih ada bersama.

“Selain berharap agar lagu raya ini dapat membawa mesej yang positif, selain mengimbau kenangan manis dan rasa rindu sewaktu menyambut hari raya kepada semua pendengar.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan tidak sabar untuk berkongsi karya-karya yang lain di masa yang terdekat,” katanya.

Rayme, 44, atau nama sebenarnya Rayme Zainal Abidin, bermula secara serius dalam bidang nyanyian setelah menjadi juara pertandingan dalam talian anjuran Sajakiri Music pada tahun 2020.

Dia menyertai program All Together Now Malaysia musim pertama selain aktif menggalas tanggungjawab sebagai konsultan bebas pengurusan acara dan penajaan.

Sementara itu, indu Di Hari Raya 2023 kini boleh dimuatnaik di iTunes dan didengari di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Youtube Music dan Deezer manakala muzik video boleh ditonton di saluran rasmi YouTube Rayme Zainal Music. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast