Federal Court religion conversion M. Indira Gandhi MAIS Muslim converts Islam
Palace of Justice, Putrajaya. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 8 DECEMBER 2021

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini menetapkan tarikh pendengaran prosiding empat bekas ADUN Pulau Pinang yang mencabar kesahihan usul yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memaksa mereka mengosongkan kerusi sebelum ini.

Tarikh pendengaran akan ditetapkan pada pengurusan kes minggu depan yang menamakan Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang sebagai responden.

Menurut peguam mewakili Choo Kiang, Surendra Ananth, pengurusan kes rayuan empat bekas Adun itu akan didengar pada 5 Mei ini.

Adun-adun tersebut ialah Adun Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim, Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah menolak saman empat Adun itu terhadap DUN negeri itu dan Speaker, Choo Kiang berhubung usul yang dibentang pada Oktober 2020 supaya mereka mengosongkan kerusi masing-masing.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azizan Md Arshad, menolak saman telah dengan memutuskan bahawa Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah jadi mahkamah ini terikat dengan keputusan itu.

Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.

Pada 16 Disember 2022, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan empat ADUN Pulau Pinang itu untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar DUN berkenaan daripada meluluskan usul undang-undang antilompat parti.

Pada 2020, keempat-empat ADUN tersebut memfailkan writ saman terhadap DUN Pulau Pinang dan Speakernya bagi mencabar usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil diadakan. -MalaysiaGazette