Selepas 30 tahun, komposer muzik popular dari India Deva kembali ke Malaysia menerusi konsert Thenisai Thendral Deva Live in Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Jun ini.

KUALA LUMPUR – Peminat lagu-lagu melodi dan genre ‘ghana’ Tamil India sekitar tahun 80-an dan 90-an pastinya tidak akan lupa kepada kehebatan komposer dan penyanyi muzik India legenda, Thenisai Thendral Deva.

Beliau berjaya menghasilkan muzik untuk lebih 400 filem rata-ratanya ‘blockbuster hit’ dalam pelbagai bahasa, termasuk Tamil, Telugu, Malayalam, dan Kannada

Pelbagai memori akan menggamit minda mendengar lagu dan alunan muzik Deva malah kehebatan beliau bermain pelbagai alatan muzik tempatan tradisional selain gubahan melodi  pastinya masih lagi terus bermain di bibir kalangan peminatnya.

Apa yang lebih menggembirakan peminat di Malaysia, Deva akan kembali ke pentas Malaysia menerusi konsert Thenisai Thendral Deva Live in Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Jun ini.

Untuk makluman, kali terakhir legenda muzik itu berada di pentas adalah pada 1993 di Stadium Malawati, Shah Alam bersama-sama artis-artis lain ketika itu.

Kini pastinya konsert ‘Deva Live in KL’ akan mengembalikan nostalgia dan hiburan tiada tolok bandingan bersama kehadiran pelbagai penyanyi dan artis lain yang popular pada 3 Jun ini.

Penganjur bersama City Productions dan PoketPlay Sdn Bhd itu juga akan menampilan barisan penyanyi terkenal seperti Hariharan, Anuradha Sri Ram, Unni Krishnan, Harini, Sabesh, Murali, Srikanth Deva, SP Charan, Priyanka dan Alka Ajith.

Konsert itu bakal mencipta detik ajaib kepada lebih 15,000 penonton di Malaysia, dengan lagu hit merangkumi pelbagai era.

Bercakap mengenai konsert tersebut, Deva berkata, “Saya sangat bersemangat untuk berada di atas pentas bersama beberapa penyanyi terbesar dalam industri muzik Tamil.

“Ia adalah satu penghormatan untuk berkongsi pentas dengan mereka di hadapan peminat saya selepas begitu lama. Saya berharap konsert ini akan menjadi malam yang akan dikenang oleh semua orang,” katanya.

Penganjur bersama City Productions dan PoketPlay Sdn Bhd

Rishi Saravanan & Govind, pengasas City Production telah bekerjasama dengan PoketPlay, sebuah syarikat pengedaran tempatan untuk menceburi perniagaan hiburan melalui persembahan muzik Deva ini.

Jualan tiket untuk persembahan ini agak laris dan penggemar digalakkan untuk membuat tempahan awal, untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila lawati laman web tiket di http://www.ticket2u.com.my/TTDEVA. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast